Career Opportunities/ Peluang Kerjaya

TENAGA PENGAJAR

Keringkam (1 kekosongan)
Songket (1 kekosongan)

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 25 tahun ke atas
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang tenunan songket dan sulaman keringkam
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 dan 3 dalam bidang pembuatan pakaian
  • Memiliki Sijil Induksi dan VTO
  • Mahir menggunakan komputer (Microsoft Excel, Word, Powerpoint)
  • Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang pembuatan pakaian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Calon yang memiliki kelayakan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas

  • Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori
  • Mengawas pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisplin semasas latihan
  • Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian
  • Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih
  • Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan kursus jahitan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya
  • Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan
  • Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya
  • Bertanggungjawab dalam pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih
  • Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian
  • Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal latihan
  • Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan
  • Membantu dalam menilai dan memperbaiki kursus-kursus latihan dari segi kelicinan dan keberkesanan
  • Membuat perhubungan dengan industri untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk pelatih-pelatih menjalani aktiviti dalam logi
  • Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Ketua Unit dari semasa ke semasa

 

Calon yang berminat dan berkelayakan boleh menghantar resume yang lengkap, sijil-sijil yang berkaitan dan sekeping gambar pasport yang baru pada atau sebelum 9 Februari 2018 ke:

Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS)
Jalan Sultan Tengah, Rampangi, Santubong
93050 Kuching, Sarawak
Email: career@centex-sarawak.my